Anda Pengunjung Ke

Thursday, August 4, 2011

Pelancaran Countdown SPM 2011

Ramadhan menjelang, menuntut Muslimin dan Muslimat seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Dalam kesibukan menjalani kehidupan dunia pendidikan, sama ada sedar atau tidak, rupa-rupanya pelajar Tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dalam tempoh 103 hari lagi. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMV Betong mengambil langkah proaktif untuk menjalankan Majlis Pelancaran Countdown SPM 2011. Dengan harapan, ia akan merangsang warga VOKBET, guru-guru amnya dan Calon SPM 2011 khasnya bertindak proaktif, menganjak paradigma, memerah keringat, memahat kudrat mereka dalam usaha melestarikan sebuah kejayaan yang diidamkan oleh guru-guru malah ibu bapa yang selama ini mendambakannya. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua Sek. Men. Vokasional Betong pada 3 Ogos 2011, Rabu.


Backdrop Pelancaran Countdown SPM 2011


Tn. Pengetua menyempurnakan Upacara Simbolik Countdown SPM 2011


Guru-Guru dan Pelajar Sek. Men. Vokasional Betong sama-sama menyanyikan Lagu Mengejar Kejayaan bagi menyemarakkan lagi Countdown SPM 2011

Monday, July 18, 2011

Iklan Jejak Pembimbing Rakan Sebaya

Di sini Unit Bimbingan dan Kaunseling uploadkan Iklan Jejak PRS terbaru untuk gerak gempur PRS Dimensi Baru bagi menyahut seruan Projek Perintis Pembimbing Rakan Sebaya Negeri Sarawak. Diharap ia dapat memberi sedikit idea dan inspirasi untuk rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sila klik pada gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas dan muat turun untuk rujukan.

Monday, May 2, 2011

Nilai Persahabatan Sebenar



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat". (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik untuk menggapai redha Allah.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللّهِ آمَنَّا بِاللّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kami lah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri".
(Surah Ali-Imran 3: Ayat 52)

Sumber : www.iluvislam.com

Sunday, April 24, 2011

Mengarusperdanakan Pendidikan VOCTECH



Tinggal 163 hari lagi sebelum pelajar Tingkatan 3 seluruh negara menduduki Ujian Penilaian Menengah Rendah untuk 2011. Kelihatannya agak lama tetapi adalah lebih afdal sekiranya mereka telah mengetahui serba sedikit berhubung hala tuju mereka semasa ke Tingkatan 4. Adakah MRSM dan SBP menjadi pilihan mereka dek kerana statusnya yang gah? Butir-butir A menjadi sebutan dan kegilaan. Memang bagus terutama bagi mereka yang exam dan book oriented tetapi apa pula nasib mereka yang tidak mempunyai kecenderungan di dalam akademik? Sistem pendidikan negara mulai mengorak langkah dengan melakukan transformasi dalam bidang ini yakni Pendidikan Vokasional dan Kemahiran atau VOCTECH. Hal ini menyedari hakikat bahawa untuk mencapai status negara maju, negara kita sangat memerlukan mereka yang memiliki kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Ubahlah minda, anjaklah paradigma. Justeru, di sini saya uploadkan brochure atau flyers untuk rujukan kita semua terutamanya kepada ibu bapa dan guru kaunseling. Ia boleh dimuat turun dengan hanya klik pada gambar di atas. Satu tugas mudah untuk cikgu-cikgu mendapatkan bahan sebaran untuk calon PMR telahpun saya lunaskan.

Gemilang UBK VOKBET

Selamat Berhari Minggu. Tadi sempat gak bersembang dengan Papa Aziz, pengasas dan pemilik blog Pusaka di www.pusaka01.blogspot.com. Beliau merupakan antara sumber inspirasi di sebalik kelahiran blog Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET. Anda nak kenal siapa beliau? Singgahlah sebentar di blog tersebut. Cetusan Unconditional Love atau lebih dikenali sebagai Agape Love itu pasti akan terus mekar dalam jiwa sanubari anak didik beliau terutamanya kami. Atas nasihat beliau, saya uploadkan semula keratan akhbar aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET di ruangan post ini agar ia boleh dienlarge, dimuat turun sekaligus dibaca oleh anda semua. Sila klik saha pada gambar.

Utusan Borneo : 4 April 2011


Utusan Borneo : 15 Mac 2010

Utusan Borneo : 8 Februari 2010

Utusan Borneo : 24 Januari 2010

Sekadar Renungan...

Saturday, April 23, 2011

Penstrukturan Semula Sekolah Vokasional Tampung Keperluan Tenaga Mahir, Terlatih


Secara umum masih ramai antara kita mengukur pencapaian akademik sebagai kemampuan individu menguasai bidang kepakaran profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang, perakaunan dan teknologi tinggi.

Ini berlaku kerana sistem pendidikan negara sejak dari dulu lagi terlalu menekankan pencapaian akademik, bukannya meningkatkan potensi dan nilai individu seperti diperdebatkan sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, tidak hairanlah, seni pertukangan tangan, kemahiran atau vokasional sering disalah anggap sebagai bidang yang menjadi pilihan terakhir atau ‘second chance’ dalam meneruskan pengajian. Sejak dulu lagi, bidang vokasional dan kemahiran tidak pernah diletakkan dalam kelompok bidang pengkhususan elit, jauh sekali menjanjikan masa depan cerah baik dari aspek ekonomi atau status sosial.
Jika dibesarkan dalam era 1970-an dan 1980-an, misalnya persepsi yang diberi terhadap sekolah vokasional cukup membuatkan seseorang berfikir dua kali untuk menghantar borang permohonan ke institusi terbabit. Sekolah vokasional dulu dianggap institusi pendidikan ‘terakhir’ bagi individu yang dikatakan sudah tidak punya harapan atau mereka yang tidak mampu menguasai akademik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya.

Pada era itu, berdasarkan pengalaman dilalui penulis, penekanan terhadap bidang kemahiran masih terlalu sedikit kerana masing-masing, baik sekolah, guru atau ibu bapa berlumba-lumba mengejar pencapaian akademik yang hasilnya mahu dilihat pada keputusan peperiksaan umum seperti SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Situasi ini sama sekali berbeza berbanding di Barat kerana kemahiran teknikal seperti kerja pertukangan dan membaiki perkakasan elektrik, umpamanya dianggap profesion terpuji dengan pengiktirafan sewajarnya diberi terhadap individu yang memiliki kebolehan itu. Tukang paip atau tukang kayu, misalnya mampu beroleh pendapatan lumayan kerana mereka dianggap golongan profesional dan memiliki kepakaran yang jarang atau tidak dimiliki orang lain.

Sehubungan itu, apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan menstruktur semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menggunakan konsep ‘Vokasional Teknikal’ atau ‘Voctech’ dengan sasaran melonjakkan bidang kemahiran teknikal sebagai aliran pendidikan arus perdana negara - perkembangan ini meletakkan status baru terhadap bidang kemahiran teknikal atau vokasional yang diperakui cukup relevan dalam konteks keperluan tenaga kerja sekarang.

Apa yang dirancang sebenarnya satu misi besar. Sasaran yang sudah dikenal pasti ialah Kementerian Pelajaran akan meningkatkan pengambilan pelajar pendidikan teknik dan vokasional kepada 20 peratus menjelang 2015, berbanding 10 peratus sekarang. Turut dirancang, kementerian dilaporkan menambah tiga lagi SMV dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan RMKe-10. Cadangan ini boleh dianggap suatu proses transformasi besar yang dilakukan kementerian dalam usaha menyediakan bekalan tenaga kerja terlatih menjelang 2020.

Bersifat serampang dua mata, langkah kerajaan meningkatkan penyertaan pelajar mengikuti pendidikan ‘Voctech’ juga menjadi antara usaha menyalur pelajar lelaki yang gagal melanjutkan pengajian di universiti awam ke bidang diminati. Kerajaan dilaporkan berusaha meningkatkan prestasi pelajar lelaki yang didapati gagal memberi tumpuan pada pelajaran, selain dipengaruhi faktor persekitaran.

Usaha membawa bidang pendidikan vokasional dan teknikal ke dalam aliran pendidikan arus perdana negara memenuhi agenda lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sydney dan Melbourne, berakhir Isnin lalu.

Pada lawatan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meninjau prospek dan strategik terbaik dalam melakukan transformasi bidang pendidikan vokasional dan teknikal yang diletakkan dalam status kritikal sekarang. Lawatan lebih dua jam Timbalan Perdana Menteri ke institusi pendidikan teknikal dan vokasional, TAFE NSW, Northern Sydney Institue di kampus Ultimo, Maru Ann St di Sydney, Khamis lalu, ternyata memperkukuhkan idea untuk melakukan perubahan besar dalam sistem pendidikan vokasional dan teknikal negara.

TAFE College yang diasaskan lebih 100 tahun lalu, dianggap institusi terulung dalam bidang vokasional dan latihan di Australia. Institusi ini yang bekerjasama rapat dengan sektor swasta dan industri, menawarkan lebih 800 jenis kursus dalam bidang vokasional dan teknikal.

“Lawatan ini penting kerana kita pada peringkat transformasi membangunkan bidang vokasional. Kita masih pada tahap agak rendah peratusannya yang mana hanya ada 10 peratus pelajar kita berada dalam sistem pengajian vokasional.

“Ini pastinya tidak dapat menampung keperluan tenaga mahir dan terlatih. Sebagai rancangan masa depan, kita perlu lebih banyak (bekalan) modal insan terlatih dalam bidang vokasional dan teknikal,” kata Muhyiddin merumuskan hasil lawatannya ke Australia itu.

Mengakui proses transformasi dalam bidang pendidikan vokasional dan teknikal yang disasarkan memerlukan kerjasama mantap semua pihak lebih-lebih lagi tempoh ditetapkan agak singkat, Muhyiddin berkata, langkah yang diambil agak besar terutama dalam menyediakan tenaga pengajar, kemudahan infrastruktur dan kurikulum dinamik yang menepati kehendak pasaran.

“Inilah yang kita cuba lakukan...Di Australia, bidang pendidikan vokasional sudah lama dimulakan sehingga bukan lagi (ditawarkan) di peringkat sijil, malah ijazah,” katanya yang mahu rundingan selanjutnya dilakukan segera bersama pengurusan TAFE College NSW bagi mengenal pasti model pendidikan yang boleh diaplikasikan dalam membangunkan sektor pendidikan vokasional dan teknikal di Malaysia.

Mengulas isu persepsi umum terhadap aliran pendidikan vokasional dan teknikal, Muhyiddin berkata:

“Jika kita lihat di Australia, bidang vokasional dipandang tinggi kerana selari dengan keperluan negara. Lebih pakar dan lebih mahir, lebih tinggi pendapatannya. Di Malaysia, mungkin (faktor) sejarah, dulu jika pelajar tidak begitu berminat dalam akademik dan tidak dapat kuasai secara baik, mereka (dianggap) gagal. Jadi, bidang vokasional dijadikan tawaran kedua.

“Jadi, ada persepsi (bidang) vokasional lebih rendah daripada bidang akademik lain… ini perlu diperbetulkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, memiliki kemahiran dalam bidang vokasional membolehkan individu menikmati pendapatan lebih tinggi daripada lulusan SPM dalam konteks pasaran kerjaya sekarang.

“Bidang ini (vokasional dan teknikal) diperlukan dalam pasaran, sedangkan kita belum dapat membekalkan tenaga mahir dalam bidang ini. Jadi, tanggapan bahawa vokasional adalah bidang kedua selepas kita gagal perlu diperbetulkan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif melakukan transformasi dalam sektor pendidikan vokasional dan teknikal tidak semestinya terletak di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya kerjasama bersama sektor industri dan swasta amat penting.

“Kita mengalu-alukan lebih banyak sektor swasta membuka pusat pengajian atau kolej yang menawarkan kursus kemahiran.

“Sebenarnya, ini satu peluang perniagaan kepada sektor swasta yang berminat membuka kolej dan menyediakan kursus dirangka mengikut keperluan industri,” katanya yang menunggu laporan lengkap kementerian mengenai bidang pendidikan vokasional dan teknikal yang akan dibentang Bahagian Teknikal dan Vokasional kementerian bagi menyusun strategi baru ke arah proses transformasi yang disasarkan.

Muhyiddin berkata, situasi dihadapi negara sekarang dianggap kritikal kerana amat penting bagi Malaysia memiliki bekalan tenaga mahir dan mencukupi lebih-lebih lagi ketika semua pihak bergerak mencapai agenda model ekonomi baru serta Pelan Transformasi Negara (GTP) dalam bidang keberhasilan utama.

“Situasi dihadapi sekarang agak kritikal malah kita terpaksa mengambil orang luar untuk menjadi ‘plasterer’ (penampal simen),” katanya.

Langkah kerajaan membawa pendidikan vokasional dan teknikal ke tahap lebih tinggi harus disokong semua pihak. Ketika dunia berkehendakkan manusia memiliki keupayaan yang pelbagai atau kemahiran serentak, inisiatif diambil kerajaan ini kena pada masanya. Selain menjadikan kemahiran sebagai peluang kerjaya utama, langkah ini juga pastinya membolehkan kemahiran pertukangan atau teknikal yang lain terus dikuasai anak tempatan.

Mungkin atas inisiatif ini, kemahiran pembina sampan tradisional atau bot moden boleh diwarisi generasi muda supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Namun, realitinya, apresiasi umum terhadap kelompok kumpulan berkemahiran teknikal juga perlu dipertingkatkan kerana tidak semua antara kita mampu menguasai ilmu yang sama.

Sumber : Berita Harian - 14 Oktober 2011 oleh Shamsul Azree Shamshir

Friday, April 22, 2011

Personaliti Bulan Kelahiran - April



  1. Sangat aktif dan dinamik.
  2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  3. Sangat menarik dan pandai memanjakan diri.
  4. Mempunyai daya mental yang sangat kuat.
  5. Suka diberi perhatian.
  6. Sangat diplomatik, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah.
  7. Sangat berani.
  8. Adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan peramah.
  9. Emosi cepat terusik.
  10. Kecenderungan bersifat dendam.
  11. Agresif, kelam kabut membuat keputusan.
  12. Kuat daya ingatan.
  13. Gerak hati yang sangat kuat.
  14. Pandai menolong diri sendiri dan memotivasi diri sendiri serta orang lain.
  15. Berpenyakit sekitar kepala dan dada.
  16. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Surat Ibu Kepada Anak Derhaka...

Wahai Anakku!
Inilah surat dari ibumu yang lemah, yang ditulis dengan penuh rasa malu setelah lama mengalami keraguan dan kebimbangan. Ibu pegang penanya berkali-kali lantas terhenti, dan ibu letakkan lagi pena itu karena air mata berlinang berkali-kali yang disusul dengan rintihan hati.

Wahai Anakku!
Sesudah perjalanan waktu yang panjang, ibu rasa engkau sudah dewasa dan memiliki akal sempurna maupun jiwa yang matang. Sedangkan ibu punya hak atas dirimu, maka bacalah sepucuk surat ini, dan jika tidak berkenan robek-robeklah sebagaimana engkau telah merobek-robek hati ibu.

Wahai Anakku!
38266_407669393340_349417078340_4588485_5192274_a.jpg

Dua puluh lima tahun yang lalu adalah hari yang begitu membahagiakan hidup ibu. Ketika doktor memberitahu ibu, ibu sedang mengandung. Semua ibu tentu mengetahui makna ungkapan itu, yakni terhimpunnya kebahagiaan dan kegembiraan, serta awal perjuangan seiring dengan adanya berbagai-bagai perubahan fisik maupun psikis. Sesudah berita gembira itu ibu peroleh, dengan senang hati, ibu mengandungmu selama sembilan bulan. Ibu berdiri, tidur, makan dan bernafas dengan susah payah. Namun itu semua tidak menyebabkan surutnya cinta ibu padamu dan kebahagiaan ibu menyambut kehadiranmu. Bahkan rasa cinta dan kerinduan ibu padamu tumbuh subur dan berkembang hari demi hari. Ibu mengandungmu dalam kondisi yang lemah dan bertambah lemah, payah dan bertambah payah. Ibu sangat bahagia meski bobotmu semakin berat, padahal kehamilan itu sangat berat bagi ibu. Itulah perjuangan yang akan disusul dengan cahaya fajar kebahagiaan setelah berlalunya malam panjang, yang membuat ibu tidak bisa tidur dan kelopak mata ibu tak bisa terpejam. Ibu merasakan derita yang sangat, rasa takut dan cemas yang tak bisa dilukiskan dengan pena dan tak sanggup diungkapkan dengan retorika lisan. Ibu telah berkali-kali melihat kematian dengan mata kepala ibu sendiri, sehingga akhirnya engkau lahir ke dunia ini. Air mata tangismu yang bercampur dengan air mata kegembiraan ibu telah menghapus seluruh derita dan luka yang ibu rasakan.

Wahai Anakku!
Telah berlalu tahun demi tahun dari usiamu, dan dirimu selalu ibu bawa dalam hati ibu. Ibu memandikanmu dengan kedua tangan ibu. Pangkuan ibu sebagai bantalmu. Dada ibu sebagai makananmu. Ibu berjaga semalaman agar engkau bisa tidur. Ibu susuri siang hari dengan keletihan demi kebahagiaanmu. Dambaan ibu tiap hari adalah melihatmu tersenyum. Dan idaman ibu setiap saat adalah engkau meminta sesuatu yang ibu sanggup lakukan untukmu. Itulah puncak kebahagiaan ibu.

Itulah hari-hari dan malam yang ibu lalui sebagai pelayan yang tak pernah mensia-siakanmu sedikit pun. Sebagai wanita yang menyusuimu tiada henti, dan sebagai pekerja yang tak pernah putus hingga engkau tumbuh dan menjadi seorang remaja. Dan mulailah nampak tanda-tanda kedewasaanmu. Ketika itu pula, ibu ke sana kemari mencarikan calon pasangan hidupmu yang kau inginkan. Lalu tibalah saat pernikahanmu. Denyut jantung ibu terasa berhenti dan air mata ibu deras bercucuran karena gembira melihat hidup barumu dan karena sedih berpisah denganmu.

Saat-saat yang begitu berat telah lewat. Namun engkau seolah bukan lagi anak ibu, seperti yang ibu kenal selama ini. Sungguh engkau telah mengabaikan diri ibu dan tidak mempedulikan hak-hak ibu. Hari-hari berlalu dan ibu tidak lagi melihatmu dan tidak pula mendengar suaramu. Engkau masa bodoh kepada ibu yang selama ini menjadi pelayan yang mengurusimu.

Wahai Anakku!
Ibu tidak meminta apa pun selain posisikanlah diri ibu ini seperti kawan-kawanmu yang terdekat denganmu. Jadikanlah ibu sebagai salah satu terminal hidupmu sehari-hari, sehingga ibu dapat melihatmu meskipun sekejap.

Wahai Anakku!
Punggung ibu telah bongkok. Anggota tubuh ibu telah gemetaran. Beragam penyakit telah membuat ibu semakin ringkih. Rasa sakit senantiasa mendera ibu. Ibu sudah susah untuk berdiri maupun duduk, namun hati ibu masih sayang padamu. Andaikan ada seseorang yang memuliakanmu sehari, tentu engkau akan memuji kebaikannya dan keelokan budinya. Padahal, ibumu ini telah benar-benar berbuat baik kepadamu, namun engkau tak melihatnya dan tak mau membalas kebaikannya. Ibumu telah menjadi pelayanmu dan telah mengurusmu bertahun-tahun. Lantas manakah balas budi dan hak ibu yang harus engkau tunaikan? Sekeras itukah hatimu? Apakah hari-hari sibukmu telah menyita seluruh waktumu?

Wahai Anakku!
Ibu merasakan kebahagiaan dan kegembiraan bertambah saat melihatmu hidup bahagia, karena engkau adalah buah hati ibu. Apa salah ibu sehingga engkau memusuhi ibu, tak suka melihat ibu, dan engkau merasa berat untuk mengunjungi ibu? Apakah ibu pernah berbuat salah padamu atau pelayanan ibu kurang memuaskanmu? Jadikanlah ibu seperti pelayan-pelayanmu yang engkau beri upah. Curahkanlah setitik kasih sayangmu. Renungkanlah jasa ibu dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Wahai Anakku!
Ibu sangat berharap bisa bersua denganmu. Ibu tak ingin apapun selain itu. Biarkanlah ibu melihat muramnya wajahmu dan episod-episod kemarahanmu.

Wahai Anakku!
Sisakan peluang di hatimu untuk berlembut-lembut dengan seorang wanita renta, yang diliputi kerinduan dan dirundung kesedihan ini. Yang menjadikan kedukaan sebagai makanannya dan kesedihan sebagai selimutnya. Engkau cucurkan air matanya. Engkau membuat sedih hatinya dan engkau memutuskan hubungan dengannya. Ibu tidak mengeluhkan kepedihan dan kesedihan ibu kehadirat-Nya, karena jika ibu adukan perkara ini ke atas awan dan ke pintu gerbang langit sana, ibu khawatir hukuman akan menimpamu, dan musibah akan terjadi dalam rumah tanggamu, lantaran kedurhakaanmu. Karena ibu teringat peringatan junjungan kita Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

"Maukah kalian aku sampaikan tentang dosa yang terbesar?" Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam mengucapkannya tiga kali. Para sahabat menjawab, "Ya, wahai Rasulullah". Beliau bersabda,

"Menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua." (Hadith Riwayat Bukhari).

"Tidak masuk surga orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya." (Hadith Riwayat Ahmad).

"Tiga golongan orang yang tidak akan dilihat (dengan pandangan rahmat) oleh Allah pada hari kiamat; orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang suka minum minuman keras, orang yang suka mengungkit pemberiannya." (Hadith Riwayat Nasaai dan dinyatakan shahih oleh Albani).

"Terlaknat orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya." (HR. Hakim dan Thobrani serta dinyatakan shahih oleh Albani dalam Shahih at-Targhib wat-Tarhib, 2/334).

Tidak, ibu tidak menginginkan itu. Engkau tetap menjadi buah hati dan hiasan dunia ibu.


Camkanlah wahai Anakku!
Ketuaan mulai nampak dalam belahan rambutmu. Tahun demi tahun akan berlalu, dan engkau akan menjadi tua renta, sedangkan setiap perbuatan pasti akan dibalas setimpal. Engkau akan menulis surat kepada setiap anak-anakmu dengan cucuran air mata, sebagaimana yang ibu tulis untukmu. Dan di sisi Allah, akan bertemu orang-orang yang berselisih, hai Anakku. Maka bertakwalah engkau kepada Allah terhadap ibumu. Usaplah air matanya dan hiburlah agar kesedihannya sirna. Robek-robeklah surat ini setelah engkau membacanya. Namun ketahuilah, siapa saja yang beramal soleh, maka kesolehan itu buat dirinya sendiri, dan siapa yang berbuat jahat, maka balasan buruk bakal menimpanya.

"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat jahat, maka (dosanya) menjadi tanggungannya sendiri. Dan Rabbmu sekali-kali tidaklah menzalimi hamba-hamba-Nya." (QS. Fushshilat: 46).

Rujukan: Qashash Muatstsirah fi Birr wa Uquqil Walidain (terjemahan) karya Fathurrahman Muhammad Jamil, dan lain-lain. (Al Fikrah)

Monday, April 18, 2011

Program Penempatan Pekerjaan 2011

Pada 14 April 2011 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai Program Penempatan Pekerjaan yang diadakan di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Anjuran Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, program ini merupakan satu wahana untuk lepasan sekolah untuk mencari peluang pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Lebih bermakna lagi, UBK diberi peluang untuk membawa satu rombongan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Puan Sri Empiang Jabu. Lebih penting lagi, pelajar-pelajar mempunyai peluang untuk menghayati ucapan perasmian yang sarat dengan makna tersurat sebagai pegangan mereka. Pada masa yang sama, 30 orang peserta dari VOKBET ini mempunyai pendedahan asas terutamanya bila mereka telah keluar dari kepompong VOKBET.

Friday, April 15, 2011

Protege Elit 2011

Program Protege Elit Sekolah Menengah Vokasional Betong telah dilancarkan pada 13 April yang lalu oleh Tn. Pengetua, En. Ng Fook Yin. Program yang telah memasuki tahun keempat pelaksanaannya ini sekali lagi memilih seramai 10 orang Protege yang akan dibimbing oleh Mentor masing-masing. Masih mengekalkan konsep pelaksanaan yang sama di samping penambahbaikan beberapa aspek, 10 orang Mentor yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan ini akan membimbing Protege mereka untuk mencapai kejayaan secara holistik terutamanya dalam usaha untuk mencapai Expected Targeted Result SPM 2011. Pelbagai program telah, sedang dan akan dirangka di bawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET. Tahniah diucapkan kepada 10 orang Protege yang telah dipilih iaitu :

  1. Adik Makios Brown Asen - 5 Elektrik & Elektronik 1
  2. Adik Rahmat Bin Buserah - 5 Elektrik & Elektronik 1
  3. Adik Mohd Shariz Bin Masri - 5 Elektrik & Elektronik 1
  4. Adik Joshua Anak Charles - 5 Katering
  5. Adik Rickland Anak Mat - 5 Automotif
  6. Adik Andrew Geresam - 5 Automotif
  7. Adik Rupertus Anak Lunong - 5 Elektrik & Elektronik 1
  8. Adik Danny Ku Yong Heng - 5 Elektrik & Elektronik 1
  9. Adik Layam Anak Achong - 5 Binaan Bangunan
  10. Adik Winny Mia Anak Michael - 5 Pengaturcaraan Komputer

Tuesday, April 12, 2011

Kajian Pengesanan Hala Tuju Lepasan SPM / SKM 2009


Salam Sejahtera. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling didatangi sepucuk surat bertarikh 25 Mac 2011 daripada BPTV. Surat ini mohon untuk mengesan Lepasan SPM / SKM 2009 yakni untuk mengetahui hala tuju mereka. Justeru, saya mohon kerjasama anak didik lepasan 2009 untuk membantu saya mengetahui di manakah anda berada sekarang supaya saya boleh melengkapkan data dan menghantar sebelum tarikh tutup 25 April 2011. Kerjasama anda amatlah saya harapkan. Bagi anda yang mengenali anak didik VOKBET 2009, tolong sampaikan khabar berita ini kepada mereka. Kerjasama anda sangat-sangat kami hargai.

Monday, April 11, 2011

Bina Insan Pelajar (B.I.P) - Kasih Disemai Sayang Dibelai



Program Bina Insan Pelajar akhirnya melabuhkan tirainya tepat 11 pagi semalam. Berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 8 hingga 10 April 2011, ia menghimpunkan seramai 47 orang peserta. Selama 3 hari 2 malam inilah mereka berkampung di sekitar kawasan sekolah manakala Bilik APD dijadikan 'venue' utama pengendalian program BIP ini. Seronok bersama mereka, melihat semangat yang ditunjukkan walaupun masa yang diberikan agak terhad. Tidak cukup rehat, tidak cukup tidur dan segalanya yang serba kekurangan. Tetapi ternyata ia bukan batasan untuk melemahkan semangat peserta. Semuanya tidur bersama termasuklah Urusetia dan juga Kaunselor sekolah. Inilah semangat yang terbina selama 3 hari 2 malam. Semangat kekitaan di samping penyemaian nilai-nilai murni seperti menepati masa, menghargai, saling hormat-menghormati dan sebagainya. Apapun, program ini memberi lebih ruang untuk pihak UBK menyelami dan lebih mengenali peserta program ini dengan lebih dekat lagi. Apapun, jangan sesekali pernah 'menghukum' sebelum kitai merungkai apa, kenapa, bagaimana, mengapa? Satu sahaja, ingat bahawa jangan sesekali pernah berhenti untuk berubah. Kerana sesungguhnya bahawa perubahan mungkin mengambil masa 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 bulan, 1 tahun atau 10 tahun. Lupakan tohmahan, cacian, makian. Buktikan bahawa anda juga mampu memberikan sesuatu terhadap diri.




telur, oh telur... akan ku jagamu sepanjang hayatku


logo kumpulan Kucing dengan tag line nya 'Pilih Arah Kejayaan'


ujian kesetiaan... 1, 2, 3 lompat


peserta BIP bersiap sedia untuk Senaman Pagi


siapalah penyamun tarbus BIP yang 'merampok' telur amanah?


bacaan Aku Janji BIP 2011, diketuai oleh adik Richleono


"terima kasih UBK", antara ucapan penangguhan oleh Cikgu Nayan, PKHEM VOKBET


terima kasih Urusetia atas komitmen padu sepanjang BIP