Anda Pengunjung Ke

Showing posts with label KERJAYA. Show all posts
Showing posts with label KERJAYA. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Program Penempatan Pekerjaan 2011

Pada 14 April 2011 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai Program Penempatan Pekerjaan yang diadakan di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Anjuran Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, program ini merupakan satu wahana untuk lepasan sekolah untuk mencari peluang pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Lebih bermakna lagi, UBK diberi peluang untuk membawa satu rombongan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Puan Sri Empiang Jabu. Lebih penting lagi, pelajar-pelajar mempunyai peluang untuk menghayati ucapan perasmian yang sarat dengan makna tersurat sebagai pegangan mereka. Pada masa yang sama, 30 orang peserta dari VOKBET ini mempunyai pendedahan asas terutamanya bila mereka telah keluar dari kepompong VOKBET.

Tuesday, April 12, 2011

Kajian Pengesanan Hala Tuju Lepasan SPM / SKM 2009


Salam Sejahtera. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling didatangi sepucuk surat bertarikh 25 Mac 2011 daripada BPTV. Surat ini mohon untuk mengesan Lepasan SPM / SKM 2009 yakni untuk mengetahui hala tuju mereka. Justeru, saya mohon kerjasama anak didik lepasan 2009 untuk membantu saya mengetahui di manakah anda berada sekarang supaya saya boleh melengkapkan data dan menghantar sebelum tarikh tutup 25 April 2011. Kerjasama anda amatlah saya harapkan. Bagi anda yang mengenali anak didik VOKBET 2009, tolong sampaikan khabar berita ini kepada mereka. Kerjasama anda sangat-sangat kami hargai.

Sunday, March 20, 2011

Tatacara Menghadapi Temuduga


Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun.

Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menentukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga, bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:

  1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.
  2. Bersikap pasif semasa temuduga.
  3. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
  6. Belum / tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
  7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negeri.
  8. Kurang pengetahuan am.
  9. Berpakaian tidak kemas.

Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan / memperbaiki perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

Friday, March 19, 2010

Peluang Keemasan!

Kepada semua warga VOKBETIAN 2009, di sini saya uploadkan Iklan Kemasukan ke Program Latihan Separa Perubatan Sesi Kemasukan Julai 2010. Justeru, saya harap semua yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam Bidang Perubatan boleh mengambil peluang keemasan ini. Segala permohonan boleh dibuat melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di www.spa.gov.my atau klik sahaja pada imej SPA di bahagian kanan blog ini. Semoga berjaya anak-anakku. Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  1. Juru X-Ray Pelatih
  2. Jururawat Pelatih
  3. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Pelatih
  4. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
  5. Penolong Pegawai Farmasi Pelatih
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
  7. Penolong Pegawai Perubatan Pelatih
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
  9. Juruteknologi Pergigian Pelatih
  10. Jururawat Pergigian Pelatih (Perempuan Sahaja)