Anda Pengunjung Ke

Showing posts with label Sana Sini VOKBET. Show all posts
Showing posts with label Sana Sini VOKBET. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Akhirnya Kini Pasti!


Salam Ceria. Berikut merupakan kedudukan rasmi sekolah-sekolah di bahagian Betong berdasarkan keputusan SPM 2010 seperti yang disahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak :

  1. Sek. Men. Vokasional Betong
  2. Sek. Men. Kebangsaan Agama Sri Aman
  3. Sek. Men. Kebangsaan Saratok
  4. Sek. Men. Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit
  5. Sek. Men. Kebangsaan Kalaka
  6. Sek. Men. Kebangsaan Ulu Layar
  7. Sek. Men. Kebangsaan St. Augustine
  8. Sek. Men. Kebangsaan (BM) Saratok
  9. Sek. Men. Kebangsaan Pusa
  10. Sek. Men. Kebangsaan Spaoh
  11. Sek. Men. Kebangsaan Kabong
  12. Sek. Men. Kebangsaan Saribas

Sunday, March 27, 2011

Percubaan Pertama!

Syukur... Akhirnya saya berjaya menemui satu kaedah terbaik untuk memasukkan presentation ke dalam blog ini. Kaedah yang saya rasa lebih menarik perhatian. Melalui kaedah cuba jaya, saya akhirnya berjaya. Bak kata pepatah, "Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan". Banyak permintaan daripada mereka yang berada di luar untuk melihat dengan lebih dekat VOKBET. Justeru, di sini saya uploadkan Panorama VOKBET dalam usaha anda mengimbau kembali memori zaman bekerja atau zaman persekolahan di sini. Tidak kurang juga yang baru nak mengenali VOKBET dengan lebih dekat lagi. Justeru, bagi anda yang telah melawat ke post ini, boleh juga kongsikan dengan rakan-rakan lain melalui laman sosial popular masa kini, Facebook dan juga Twitter. Untuk deskripsi gambar pula, hanya bawa kursor anda kepada gambar. Sebarang review, star rating adalah sangat dialu-alukan. Selamat melayari.

Thursday, March 24, 2011

Tahniah, Kita Telah Buktikannya...

Kita bukan seperti yang mereka kata! Akhirnya keputusan SPM 2010 mampu membuka mata semua. Semalam gembira dengan khabar berita peningkatan GPS, hari ini semua dikejutkan lagi apabila akhbar Utusan Borneo melaporkan bahawa Sekolah Menengah Vokasional Betong adalah di antara 11 sekolah luar bandar berprestasi baik. Nampaknya tidak sia-sia segala usaha yang dicurahkan selama ini. Satu lagi rekod dicipta dalam kapsul masa sejarah VOKBET. Apapun, jangan mudah merasa selesa. Kita harus berusaha lebih gigih lagi dalam usaha memberikan yang lebih baik untuk SPM 2011. Semoga dengan kejayaan ini, kita mampu membuka mata semua pihak bahawa sekolah aliran vokasional dan kemahiran mampu memberikan anjakan dalam segala aspek kepada diri pelajar sama ada dalam aspek akademik, sahsiah dan juga hala tuju mereka.

Wednesday, March 23, 2011

Kesibukan Bukan Halangan Leo Ambau Cipta Kejayaan




Kesibukan menjalankan tugas sebagai Yang Di Pertua Exco Majlis Perwakilan Pelajar ternyata bukan batasan bagi Leo Anak Ambau mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Mendapat 6A, ternyata ia membuatkan anak kelahiran Sibu ini mampu menarik nafas lega apabila penat lelah selama dua tahun menuntut ilmu di Sekolah Menengah Vokasional Betong terbayar sekaligus membuktikan bahawa memilih pendidikan vokasional bukan satu kesilapan. Menuntut dalam Jurusan Katering, Leo katanya memilih untuk melanjutkan pelajaran menerusi Kursus Perguruan Lepasan SPM atau KPLSPM demi meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik. Turut mendapat 6A dalam SPM 2010 adalah Olymena Ngali - Jurusan Pengurusan Perniagaan (gambar kedua) manakala adik Jeremy Demin dari Jurusan Amalan Bengkel Mesin mendapat 5A (gambar ketiga). Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat seluruh warga VOKBET atas usaha yang telah dicurahkan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ini. VOKBET Boleh!

Sunday, March 20, 2011

Selamat Pengantin Baru Cikgu Muhirman & Cikgu Rosnani


Tanggal 14 Mac 2011, satu lagi peristiwa bersejarah terakam dalam lipatan kapsul masa Unit Bimbingan dan Kaunseling VOKBET. Apa tidaknya, unit yang diterajui oleh dua teruna idaman dara bertambah meriah. Hampir 3 tahun menempuh dunia kerjaya penuh pancaroba, akhirnya Kaunselor Muda, Cikgu Muhirman selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati Cikgu Rosnani. Sama cantik, sama padan dengan busana merah putih menyerlahkan lagi seri kedua-dua mempelai ini. Apapun, UBK dengan warga kerjanya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua-duanya. Jejaka yang sorang, bila lagi nak makan nasi minyak? Untuk Cikgu Muhirman & Cikgu Rosnani, tiada hadiah yang lebih berharga dapat kami berikan melainkan ratiban doa dan pantun.

Ikan di laut asam di darat
Di dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takhta
Duduk memerintah barang sehari

Ayam dara dibuat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan ke anak cucu

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai ke mati

Monday, March 22, 2010

Meniti Usia


Tahun 2009 melakar sejarah dalam citra Sek. Men. Teknik Betong sebelum melalui transformasi dan penjenamaan semula apabila menganjurkan Sambutan Jubli Perak. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan mendapat liputan sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Di kesempatan yang sama juga, tercetus ilham untuk menghadiahkan sesuatu buat TEKBET yang telah memuntahkan labanya dalam memanusiakan manusia. Sama-sama kita hayati...

Dirinya...
Mungkin dimamah usia
Mungkin jua sering dicerca
Apa kurangnya dihina
Tatkala merangkak
Dalam senjakala
Tika meniti usia tuanya

Tak pernah kenal usia
Apa lagi cerca dan hina
Tak pernah kenal jua erti jemu
Dalam memuntahkan laba ilmu
Untuk memanusiakan manusia
Yang dulunya jahil dan alpa

TEKBET
25 tahun telah berlalu
Lipatan masa meniti senja
Namun...
Kau tetap gagah berdiri
Perkasa menabur jasa
Bangga melakar citra
Dalam membentuk bunga-bunga bangsa

Begitu besar nilaimu
Niat murnimu pasti menyentuh kalbu
Tapi siapalah aku
Hanya menumpang di perut bumimu
Mungkin sedetik cuma
Tapi aku bisa mendabik dada
Mencanang rasa bangga
Melakar citra
Melahir insani pertiwi
Menyuntik ilmu duniawi dan ukhrawi
Namun satu yang pasti...
Kau kan senantiasa segar
Dalam sudut hati dan memori
Insan kerdil ini

Cetusan Rasa : Chrysostom Sangin
10 September 2009 : 2200 hrs

Saturday, February 27, 2010

Imbasan 2009






Tahun 2009 merupakan kalendar yang serba mencabar dalam kapsul masa dan tinta sejarah UBK VOKBET. Perencanaan dan pelaksanaan yang tak kurang padatnya memerlukan kreativiti sama ada untuk merencana dan melaksana apatah lagi mengatur masa dan mengurus tenaga. Apatah lagi dengan kehadiran nazir dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Namun, kehadiran beliau sedikit sebanyak memberi satu inspirasi dan nafas baru. UBK VOKBET diangkat oleh beliau sebagai satu unit yang mampu mencapai tahap penanda aras kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk sekolah-sekolah lain. Berikut merupakan antara rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2009. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak terutamanya Jawatankuasa Pengurusan Sekolah atas sokongan yang jitu dan padu.

  1. Program Orientasi Semula Tingkatan 5 : POST-5
  2. Training Of Trainers
  3. Kursus Pengurusan Kelab Dan Persatuan
  4. Kursus Pertolongan Cemas
  5. Minggu Jalinan Mesra
  6. Tautan Ilmu
  7. Protege Elit
  8. Kempen Perangi Dadah
  9. Ceramah Bank Negara
  10. Ceramah Kesihatan H1N1
  11. Bengkel Penulisan Resume & Temuduga
  12. Lawatan Sambil Belajar (LASABELA) Siri 1-5
  13. Program Penempatan Pekerjaan Bersama Jabatan Tenaga Kerja
  14. Ceramah Dan Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Jubli Perak
  15. Bengkel Kemasukan Ke IPTA
  16. Solat Hajat & Doa Berkat
  17. Majlis Restu Ilmu
  18. Ekspo dan Seminar Pendidikan Vokasional Peringkat Kebangsaan
  19. Kem Kepimpinan PRS Peringkat Bahagian Betong
  20. Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Bahagian Betong
  21. Karnival Kerjaya Peringkat Bahagian Betong