Sunday, April 24, 2011
Sunday, March 20, 2011
Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang - 3

- Membeli buku-buku rujukan yang sesuai.
- Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan.
- Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku.
- Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam ko-kurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat.
- Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran-cabaran luaran seperti hiburan, aktiviti sukan berlebihan, melepak dan sebagainya.
- Menjaga keselamatan diri dari perkara-perkara yang membahayakan.
- Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara pemakanan yang sihat.
- Jangan segan menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya.
- Jangan lupa untuk menunaikan ibadah solat.
- Sentiasa berdoa dan meminta petunjuk daripada Tuhan dan seterusnya bertawakal.
Thursday, March 18, 2010
Penyakit Lupa
Lupa? Salah satu 'penyakit' yang seringkali membelenggu kita sama ada sebagai seorang guru ataupun pelajar. Justeru, di sini saya ingin berkongsi sedikit info tentang sebab-sebab penyakit lupa dan juga antara langkah-langkah mengatasinya. Bagi Kaunselor atau Guru-Guru yang di luar sana, mungkin boleh kongsikan info ini dengan anak murid anda untuk kebaikan bersama. Untuk renungan dan tak salah kalau kita mencuba rasanya.
Antara Penyebab Penyakit Lupa :
- Makan kepala ikan.
- Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan [ makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang ].
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
- Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.
- Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’ akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengkibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot kurang bermaya.
Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang TUHAN, kita dikurniakan makanan yang baik yang dapat menguatkan sistem saraf kita. Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah :
- Buah Anggur Hitam.
- Madu Lebah.
- Halia.
- Buah Badam.
- Susu.
- Air Zam Zam
- Kismis.
- Jus Karot dan Madu.
- Epal.
- Kurma.
- Ikan Tuna.
- Tempe.
- Air Soya.
Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu kita sedang keletihan. Selamat Mencuba!
Sumber : Minda Bestari
Sunday, February 28, 2010
Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang - 1

- Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempa kejayaan dalam pendidikan.
- Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara dan paling penting keluarga.
- Memberikan tumpuan secara dominan dan penuh kepada pelajaran terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
- Membuat persediaan sedari awal untuk menghadapi peperiksaan tidak kira Ujian Topikal, Ujian Bulanan, Ujian Penggal mahupun peperiksaan awal seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang sememangnya pasti memberi impak yang besar terhadap masa depan anda.
- Menyediakan keperluan belajar yang mencukupi.
- Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Mendapatkan bantuan guru atau rakan sekelas apabila gagal mengikuti kelas atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan (eg. sakit, mewakili sekolah dsb).
- Sentiasa menghormati guru sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
- Bersoal jawab dengan guru terutamanya apabila tidak memahami inti pati pengajaran guru.
- Sering memberi pendapat dan pandangan dalam proses p&p kerana ini dapat melatih dan mengasah ketajaman fikiran atau dalam erti kata lain menjana pemikiran yang kritis dan kreatif.
