
Gambar ini saya petik daripada akhbar Berita Harian : 22 Ogos 2007. Bukan nak menunjuk diri hebat tetapi saya harap ia boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak didik yang sedang berjuang di luar sana dalam mencari erti sebenar kehidupan. Satu detik yang tidak pernah disangka berlaku di dalam hidup saya apabila dianugerahkan Hadiah Buku Naib Canselor. Apapun, Anugerah itu saya tributekan untuk kedua datuk dan nenek saya yang begitu banyak memberi suntikan motivasi dan inspirasi dalam menjadikan saya seperti 'SAYA' pada hari ini. Saya pasti semua insan bergelar pelajar di luar sana impikan kejayaan walau siapapun anda. Justeru di sini, saya mulakan ruangan tips dengan 10 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang. Tips seterusnya akan saya sisipkan dari semasa ke semasa.
- Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempa kejayaan dalam pendidikan.
- Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara dan paling penting keluarga.
- Memberikan tumpuan secara dominan dan penuh kepada pelajaran terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
- Membuat persediaan sedari awal untuk menghadapi peperiksaan tidak kira Ujian Topikal, Ujian Bulanan, Ujian Penggal mahupun peperiksaan awal seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang sememangnya pasti memberi impak yang besar terhadap masa depan anda.
- Menyediakan keperluan belajar yang mencukupi.
- Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Mendapatkan bantuan guru atau rakan sekelas apabila gagal mengikuti kelas atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan (eg. sakit, mewakili sekolah dsb).
- Sentiasa menghormati guru sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
- Bersoal jawab dengan guru terutamanya apabila tidak memahami inti pati pengajaran guru.
- Sering memberi pendapat dan pandangan dalam proses p&p kerana ini dapat melatih dan mengasah ketajaman fikiran atau dalam erti kata lain menjana pemikiran yang kritis dan kreatif.
Sumber : Minda Bestari.
0 comments:
Post a Comment