Salam 1 Malaysia. Idea untuk menerbitkan blog khas untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling Sek. Men. Vokasional Betong ini sudah lama tercetus. Tapi, batasan masa, tenaga menyebabkan ia sedikit sebanyak terlewat. Tapi, takpe. "Better Late Than Never". 2010 menjengah. Tahun berubah, begitu juga dengan manusia dan keperluannya. Menyedari akan peredaran zaman ini, terdetik di hati untuk melakukan satu anjakan paradigma. Kalau dulu, sebaran, perkongsian dilakukan secara manual. Maksudnya, perkongsian ilmu dan peristiwa penting terbatas dalam kepompong kita sahaja. Tetapi teknologi dewasa kini memberi satu nafas baru untuk kita berkongsi tak kurang juga mencanang apa yang sebenarnya berlaku. Justeru, adalah diharapkan dengan penerbitan blog yang tak seberapa ini mampu memberi cetusan idea kepada semua yang berada di luar sana di samping mengangkat nama SM Vokasional Betong amnya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ke satu tahap yang lebih baik seiring dengan tag line Sambutan Jubli Perak 2009, "Ke Arah Kebitaraan".
Laman Web Facebook VokBet
12 years ago
0 comments:
Post a Comment