
Hari ini merupakan hari yang sangat mendebarkan dalam setiap calon SPM 2009. Malah saya pasti ada yang tidak boleh tidur dengan lena memikirkan apakah huruf-huruf yang bakal tertera pada slip SPM 2009 anda. Apapun, saya ucapkan tahniah kepada anda atas keputusan yang saya rasa sangat membanggakan. Inilah hasil tuaian selepas anda menanam benih-benih yang berkualiti. Saya tumpang gembira dan bangga bagi pihak guru-guru dan ibu bapa anda. Kerna yang pasti sumbangan saya sekelumit cuma malah mungkin tiada dalam mencorakkan angka pada slip SPM 2009 anda. Hmm. Itulah kenyataan yang perlu diterima. Namun, ini bukan persoalan utama. Anda tidak perlu menoleh lagi ke belakang kerana yang pasti anda kena menerima hakikat perjuangan perlu diteruskan demi mencipta kegemilangan.
Justeru, di blog ini saya hubungkan anda dengan institusi-institusi yang berkaitan. Hanya perlu klik pada pautan seperti Politeknik dsb dan anda akan log terus ke laman web tersebut. Bagi yang berminat untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti, bolehlah mendaftarkan nama secara terus di Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan meninggalkan bersama saya salinan slip keputusan SPM dan Kad Pengenalan. SEGERA kerana saya cuma ada di sekolah sehingga petang hari Khamis sahaja. Walaubagaimanapun, anda boleh meninggalkan soalan dan pertanyaan sekiranya terdapat kemusykilan di ruangan chat di blog ini. Berikut merupakan kursus-kursus yang ada di Kolej Komuniti Cawangan Sarawak untuk rujukan anda :
- Sijil Teknologi Elektrik - Kolej Komuniti Santubong
- Sijil Teknologi Maklumat - Kolej Komuniti Mas Gading, Bau
- Sijil Landskap & Nurseri - Kolej Komuniti Mas Gading, Bau
- Sijil Pelukis Pelan Senibina - Kolej Komuniti Betong & Kuching
- Sijil Fesyen Dan Pakaian - Kolej Komuniti Kuching
- Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan - Kolej Komuniti Kuching
0 comments:
Post a Comment