Anda Pengunjung Ke

Thursday, March 11, 2010

Apabila Kacang Lupakan Kulit?


Saya pasti sebilangan besar daripada warga pendidik VOKBET sudah boleh tersenyum lebar apabila melihat keputusan SPM 2009. Syabas. Inilah hasil penat lelah, jerih perih membanting tulang, keringat dan mencanai minda dalam usaha menjana modal insan terbilang. Tetapi saya ingin membawa satu senario yang mungkin kelihatan biasa tetapi itulah rencahnya, asam garam dalam dunia pendidikan. Apabila keputusan SPM bagi calon A baik, dia tersenyum lebar lantas berkata 'pandainya aku' atau bagi ibu bapa pula 'eh, pandainya anak aku'. Jarang sekali mereka berkata, 'kalau bukan kerana cikgu C yang pandai mengajar, mesti anak aku tak mampu untuk mendapat A+'. Renungkanlah wahai pembaca sekalian. Sang pelajar pula tatkala menimba ilmu sering berhadapan dengan permasalahan waima sekecil-kecil masalah sekalipun. Maka, pendidik yang penuh dengan keikhlasan ini sedaya upaya untuk membantu hatta mencari kalkulator untuk anak didiknya menduduki kertas Matematik kerana bimbang bahawa anak didiknya gagal dalam kertas tersebut. Malah, anak didik bersemangat bila soalan ramalan cikgunya keluar dalam SPM. Ibarat 'kena loteri' katanya. Itulah senarionya. Betapa seorang guru itu menjadi 'lilin membakar diri' dalam usaha memberi nur kepada anak didiknya. Tetapi saudara, sejauh manakah mereka ini mengingati sekelumit pengorbanan guru-guru mereka. Berapa orangkah yang melafazkan bait-bait bicara 'TERIMA KASIH CIKGU' yang tidak perlu dibeli langsung saat menatap deretan A pada Slip Keputusan SPM mereka? Mungkin benar kata pepatah, "Bagaikan Kacang Lupakan Kulit" atau "Habis Madu Sepah Dibuang". Saya pasti tidak pernah terdetik di hati sanubari seorang guru untuk menagih simpati, mengharapkan secebis balasan. Cukuplah dengan mengukir senyuman dan ucapan Terima Kasih Cikgu bersulam keikhlasan dan keredhaan. Tuhan memberkatimu wahai guru. Akhir bicara, bila berada di langit sana saat menggapai bintang kejora, rumput di bumi jangan dilupa. :-(

2 comments:

Nadine_einstein said...

Saya sebagai bakal guru dapat merasakan apa yang dialami oleh insan yang bergelar guru..Segala penat lelah ada kalanya tidak dihargai..Ketika pelajar tidak mampu mendapat keputusan cemerlang,ada segelintir akan menunding jari kepada guru dengan mengatakan tidak tahu mendidik anak didiknya. Mengapa seharusnya insan yang melahirkan generasi dengan ilmu pengetahuan dipersalahkan, bukankah dalam melahirkan pelajar cemerlang semua orang hendaklah memainkan peranan masing-masing baikkan ibu bapa, pelajar mahupun guru-guru..

Gerald Rahman said...

fuhhhh.....memang suatu keadaan yang akan berlaku!!!! sikap egois yang akan menguasai mereka...kenapa susah sangat nak gunakan ungkapan "terima kasih" kpada "guru / pendidik / ibu bapa / jaga sekolah / kawan2 / tukang masak sekolah / kerani sekolah dsbg."?? kalau bukan kerana pengorbanan mereka2 ini, tiada siapa yang akan bertanggungjawab terhadap badan empunya diri.....thanks VOKBET atas kejayaan sekolah & kepada VOKBETlah aku bertapak sehingga sekarang......

Post a Comment