
Shell Malaysia Ltd kini sedang mencari pelajar-pelajar berbakat dan bermotivasi tinggi untuk program 'Anugerah Biasiswa Shell'. Program ini bertujuan untuk membina bakat tempatan menerusi pendidikan. Anugerah tersebut memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai matlamat dan cita-cita mereka. Untuk memperolehi anugerah biasiswa ini, para pelajar mestilah serba boleh, mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang serta memiliki ciri-ciri kepimpinan melalui penyertaan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum. Jika anda berminat untuk menyahut cabaran, hubungilah Shell. Biasiswa ini dianugerahkan kepada pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Ijazah Sepenuh Masa (kursus Ijazah Pertama) di universiti-universiti yang diiktiraf di Malaysia dan di luar negara, dan pengajian Pra-Universiti di Malaysia. Di samping itu, biasiswa turut diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian Sarjana Geosains. Shell Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar yang akan mengikuti kursus Ijazah Pertama sepenuh masa berikut di Malaysia dan di universiti-universiti antarabangsa yang diiktiraf oleh JPA.
Kursus-Kursus Pilihan
- Sains (Geosains seperti Geologi dan sebagainya, Kimia dan Fizik.
- Kejuruteraan (Petroleum, Kimia, Elektrikal dan Mekanikal).
- Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi / Kewangan & Perbankan.
- Teknologi Maklumat.
Kelayakan
Untuk layak memperolehi anugerah biasiswa ini, para pelajar mestilah menepati kriteria berikut:
- Kelulusan SPM, 'O' Level, Diploma, Matrikulasi, STPM, 'A' Level atau pelajar Ijazah Tahun 1.
- Rekod pencapaian akademik yang cemerlang, jangkaan CGPA yang tinggi atau setaraf dengannya.
- Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
- Mempunyai kualiti dan potensi kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan lain-lain.
- Calon mestilah memiliki Ijazah Kepujian yang baik atau setaraf dengannya dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf (bagi permohonan Biasiswa Sarjana Geosains sahaja).
Permohonan boleh dikemukakan berasaskan kepada keputusan semester terkini (untuk pelajar Matrikulasi) atau keputusan peperiksaan percubaan (bagi pelajar SPM, STPM). Shell Malaysia berhak untuk mengesahkan perkara-perkara di atas. Shell Malaysia ingin memaparkan kepelbagaian masyarakat di mana ia beroperasi dan akan menganugerahkan biasiswa berdasarkan kriteria berkenaan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah klik pautan Shell Malaysia di bahagian KEWANGAN di blog ini. Tarikh Tutup : 30 March 2010.
0 comments:
Post a Comment