
Gambar peta minda di atas merangkumkan begitu banyak Kemahiran Belajar dalam usaha untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Jadi, Kaunselor dan Guru-Guru di luar sana boleh memuat turun gambar tersebut untuk dijadikan bahan outreach sama ada di Bilik Kaunseling, papan notis luar ataupun di dalam kelas. Di sini saya uploadkan edisi sambungan Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang - 2.
- Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
- Menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
- Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
- Menjadikan perpustakaan sekolah dan sunber-sumber yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
- Membaca akhbar-akhbar dan majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
- Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan.
- Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti yang dibuat dalam peperiksaan sebenar untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
- Menyediakan jadual waktu belajar.
- Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
- Mengikuti seminar-seminar peperiksaan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan.
Sumber : Minda Bestari.
0 comments:
Post a Comment